Pulau Pangkor, Perak.

Hi chuolls! Assalamualaikum!




Overall, 8/10. Yeah. Banyak banyak benda aku suka pasal pangkor, my fav is the water. Yeah warna air laut dia sangat menenangkan. It's kind green but kinda blue.


Aku pergi Pangkor ni time mid sem break. Aku lupa bila tarikh dia tapi arounf bulan 12 tahun lepas jugaklah. Aku ingat lagi kena bangun pagi pagi sebab nak kejar masa. Lepastu naik kereta sewa and then we go. Pagi tu kitorang sampai kat Pangkor, kena beli tiket naik feri. Dan jujurnya lah kan, ni lah first time aku naik feri. emmmm aip aip jangan gelak takbaik. 

( ni saje je )





Oh ye, tiket feri ialah RM10 kalau aku tak silaplah. Sebelum GST ye ehem ulang. Sebelum. First impression naik feri? Ooo mak ai bising enjin dia! Kruukk krruukk aku takdengar apa. Dengar bunyi enjin je sampai nak bercakap dengan kawan sebelah pun kena cakap kuat tahap foseto. Aku takut jugaklah aku ni kalah dengan air ke atau istilah lain dia ' mabuk air ' tapi alhamdulilah okay je. Cuma sepanjang masa dalam feri tu memang aku takbangun. Aku duduk je ahaks. Konon takut jatuh tapi orang lain steady je dok jenjalan. 



Lepas sampai je, samalah macam sampai kat KL sentral. A lot of taxis and buses and vans. Aku taktahu apa apa pun pasal ni, so do my friends. Kitorang semua first timer. Tapi sebelum tu kawan aku ada google pasal van pangkor ni. And now kitorang merasa sendiri la naik van pink ni.

Harga dia RM80. Jadi kalau nak pergi, sama ada korang banyak duit atau pun pergi dengan ramai ramai. Jimat sikit. So this pink van offer apa? Dia offer 4 places + terus ke pangkor. RM80 tu just untuk pergi sahaja dan melawat 4 tempat tu. Dan sepanjang perjalanan nanti, korang bolehlah tengok macamana kehidupan orang orang kat Pulau Pangkor tu.

i) This landscape place.
Rasanya nama dia Kota British tapi serius tak ingat. Here korang boleh tengok sejarah sejarah zaman jajahan British. It was fun learning a bit about History. And a great  place too kepada sesiapa yang suka bergambar.

( suka sangat tu kenapa )



ii) Muzium Pangkor





( pemandangan belakang Muzium )





iii) Tokong Cina
      Haaaaa firstly, tempat ni memang besar and kalau nak sampai puncak dekat atas tu, korang kena         tabah berjalan ye. Sini best, korang boleh tengok banyak benda dan kat tepi tepi tu ada jual                 souvenier yang sesangat murah 10 RM5 hengko!






iv) Pulau Pangkor
     And yes lastly. Nikamtilah keindahan ciptaan Allah. Sini nanti ada banyak pakej whether korang        nak snorkeling, diving and etc. Ada macam macam nama pulau kat sini. Dan aku amik yang pakej      jalan jalan je. So dia bawak naik bot and jalan satu pulau pangkor dan dia akan cakap nama setiap      pulau. Oh ye, kayak, banana boat tu semua ada. So yang suka water-adventure, bolehlah take a            visit. 





Conclusion: Boleh pergi kalau nak pergi, berbaloi. Dan untuk warga wanita yang jaga kulit, tepek Sunblock awak banyak sikit ye.

Rate: 8/10




Comments

Popular Posts